Langkau ke kandungan utama

PEMBAKARAN AL-QURAN PERCUMA

BAHAGIAN PENYELIDIKAN J.a.i.n.j
Bahagian penyelidikan adalah sebahagian daripada jabatan agama Islam negeri Johor.
Menyediakan perkhidmatan percuma tanpa bayaran untuk umat Islam di negeri Johor untuk membuat pelupusan ayat2 suci Al-Quran lama,kitab2 lama, Yassin dan yang berkaitannya...sudah lama dipraktikkan dan membantu warga umat Islam untuk menyelesaikan masalah pelupusan.Disini saya ingin membantu menyelesaikan masalah tersebut.
1.Datang ke jabatan agama Islam negeri Johor di pusat Islam negeri johor
2. Datang ke bahagian penyelidikan berjumpa dengan pegawai berkenaan atau telefon dahulu..kemudian isi borang dan hantar.mudahkan..allah membantu kita.
Cara pembakaran adalah dengan menggunakan mesin pembakaran menggunakan elektrik..mesin ini telah memenangi anugerah inovasi dari negara Jepun.modal perbelanjaan mesin ini adalah sebanyak rm36500.
. kemudian apabila selesai pembakaran.abu ini dikeluarkan ,kemudian dibancuh dengan air di mesin pembancuh simen.
Apabila selesai di bancuh..abu menjadi seperti simen di pindahkan ke dalam baldi dan tunggu menjadi kering seperti batu bata.batu bata ini akan disimpan .
Apabila masa &t tarikh telah ditetapkan..batu bata ini akan dibawa keatas kapal dan di buang atau di campakkan ke dalam laut .
Di sini saya lampirkan gambarannya
https://soo.gd/XueS











Pelupusan Abu Al-Quran Ditanjung Piai pontian.6.11.2019




                          



Antara lain2 bahagian penyelidikan boleh membuat siasatan aduan orang ramai berkenaan barang2 yang dibuat dari bahan@kulit babi.contohnya










Ulasan

  1. Salam, saya nak bertanya kalau saya duduk Kota Tinggi dan nak melupuskan buku-buku yang memang dah lama waktu sekolah agama tu boleh ke walaupun PKPB, tapi saya hantar melalui postage, kalau nak merentasi memang tak boleh sebab kena ada surat kebenaran. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ...saya nak tanya... pelupusan tu percuma ye? sbb bila saya call dengan pic di muar under jabatan agama islam, dia mintak kita bayar mengikut kg.. mcm mana nak dapat buat secara percuma ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ROMBONGAN HAJI KERAJAAN NEGERI JOHOR

Borang tambang haji percuma kerajaan negeri Johor (R.K.J) .Borang permohonan rkj telah ditutup pada 15 OKT 2019 untuk permohonan pada tahun 2020 .Antara syarat2 mesti berkhidmat di negeri Johor tanpa putus berkhidmat -15 tahun 1 tambang haji -25 tahun 2 tambang haji -Sudah mendaftar dengan lembaga tabung    haji.Duit dalam akaun mesti ada sekurang kurangnya $17k. .Majlis akan diadakan bagi meraikan rombongan haji ini di airport senai untuk berlepas dan kepulangan jemaah haji ini.ini adalah program tahunan yang dibuat oleh jainj.disini saya akan memaparkan persiapan berapa gambar sebelum dan balik jemaah haji. Untuk makluman lanjut sila hubungi pjbt am Jainj 072282900/01.Rkj https://soo.gd/XueS .................................................................. Majlis Meraikan Ketibaan Jemaah Haji Rombongan Kerajaan Negeri Johor(RKJ) bagi tahun 1440H/2019M 28 Ogos 2019 : Majlis Meraikan Ketibaan Jemaah Haji Rombongan Kerajaan Negeri Johor(RKJ) bagi tahun 1440H...

KAD NIKAH JOHOR

Kad Perakuan Nikah MyNCR Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan. Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja. Dokumen-Do...