Langkau ke kandungan utama

VISIT JOHOR MALAYSIA 2020

                     


VISIT JOHOR 2020 – ‘Joh’ yang diinspirasikan daripada karakter Harimau Malaya dipilih sebagai maskot Tahun Melawat Johor 2020.

‘Joh’ merupakan singkatan dari nama Johor yang membawa maksud keberanian dan semangat kebebasan yang dimiliki oleh rakyat negeri ini.

Maskot tersebut telah direka oleh seorang pereka grafik berasal dari Kluang yang telah menjuarai pertandingan mereka cipta maskot Tahun Melawat Johor 2020 baharu-baharu ini.



Kali terakhir negeri Johor menganjurkan program seumpama ini ialah pada tahun 2003 iaitu 16 tahun yang lalu.

Dr Sahruddin Jamal berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini dan sentiasa menjaga kebersihan walau dimana sekalipun.Dr Sahruddin Jamal berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini dan sentiasa menjaga kebersihan walau dimana sekalipun.


Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pra pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 pada hari ini adalah bertepatan dengan sasaran kerajaan negeri untuk menambah bilangan pelancong berkunjung ke negeri ini.

“Sasaran kita pada tahun hadapan adalah kemasukan pelancong sebanyak 17.4 juta orang ke dua puluh buah destinasi menarik di seluruh negeri Johor yang melibatkan dua puluh acara utama pelancongan dengan 8.4 juta daripadanya adalah pelancongan bermalam,” ujar beliau selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Johor 2020, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifli Mohd Said.

Beliau berharap agar semua rakyat Johor dapat berganding bahu menjayakan program Tahun Melawat Johor 2020 dan Sukan Malaysia 2020 dimana negeri Johor akan menjadi tuan rumah temasya sukan berprestij itu.

Lima ribu biji belon yang dilepaskan pada majlis pelancaran hari ini diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pelepasan Terbanyak Dalam Satu Acara.Lima ribu biji belon yang dilepaskan pada majlis pelancaran hari ini diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pelepasan Terbanyak Dalam Satu Acara.


“Saya juga berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke tempat kita dan jangan lupa untuk menjaga kebersihan walau di mana kita berada,” katanya lagi.

Sahruddin turut berpesan agar orang ramai tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap imej negeri Johor.

Majlis pelancaran pada hari ini turut mencatat sejarah apabila acara pelepasan lima ribu biji belon pada majlis tersebut diiktiraf sebagai Pelepasan Belon Terbanyak Dalam Satu Acara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).
https://soo.gd/XueS ...................................................................

                       WELCOME TO JOHOR 2020

                  Tempat- tempat menarik di johor

- LEGOLAND  MALAYSIA RESORT




- DESARU COAST ADVENTURE WATER PARK







- AUSTIN HEIGHT WATER & ADVENTURE PARK


- ANGRY BIRD ACTIVITY PARK


- BLUE ICE SKATING PARADIGM MALL



                       https://soo.gd/XueS
- TAMAN MERDEKA J.B
- MUZIUM TOKOH JOHOR

- MUZIUM KOTA JOHOR LAMA


- MUZIUM MERSING

- WATERFALL KOTA TINGGI





- GUNUNG LAMBAK WATERPARK



- LAMAN MAHKOTA ISTANA BUKIT SERENE



- MASJID SULTAN ABU BAKAR (1882)


-ZOO JOHOR ( Johor safari park )

- BAZAR JOHOR ( Bazar karat )

- MUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG


- PULAU RAWA



- PULAU SIBU

- PANTAI DESARU ( DESARU BEACH )

*Geomorfologi pantai curam


- PANTAI AIR PAPAN ( MERSING)
*Geomorfologi pantai Landai

- PANTAI TANJUNG BALAU DESARU

                      
*Geomorfologi pantai Landai


-MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU




- TAMAN NEGARA ENDAU,ROMPIN

                     

- TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI (PONTIAN)




- TAMAN REKREASI TANJUNG EMAS (MUAR)





- GALLERY DARURAT BUKIT KEPONG,MUAR



- DUN HU JURASSIC PARK.MUAR

- TAMAN HUTAN lAGENDA GUNUNG LEDANG, MUAR

- KOLAM AIR PANAS SUNGAI GERSIK,MUAR


- WET WORLD BATU PAHAT VILAGE RESORT

AYER HITAM BATU PAHAT

                           
                           
                     
Air hitam,batu pahat Johor.Macam macam jualan disini,barangan pasu tembikar,barangan untuk majlis perkahwinan,bunga2 plastik,buahan2 dan Macam-macam lagi..cubalah dulu kesini,hotel berdekatan,masjid,gerai makan,KFC,exit highway tol Ayer hitam.


-KUKUP WATER PARK PONTIAN

-LATA SERI PULAI


TIRAM INDOR WATER PARK




KSL DINOSAUR ALIVE WATER THEME PARK



- PANTAI MINYAK BEKU , BATU PAHAT

*Pantai untuk BeRiadah

- TAMAN BUAYA TELUK SENGAT, 
KOTA TINGGI


- Desaru ostrish farm

- Desaru fruit farm

- Rock World
- Taman herba nasuha ( Nasuha herba & - spice farm) Muar
                    


                          
                         

- Kudo 3D art Gallery

LOST IN JB.ESCAPE ROOM





Tempat penginapan boleh search di
-Agoda
-Trivago

Penginapan banyak
Hotel
Apartment
Homestay

Johor Bahru paling banyak hotel-hotel dan siap ada promosi,harga pon murah, nak best sikit di apartment pun banyak.
Kalau di daerah2 seperti kota tinggi ,Muar,batu pahat ,pontian boleh cuba search di agoda.home stay banyak dan hotel.
Makanan Dijohor harga biasanya mengikut tempat dan di daerah2.

  • DAERAH-DAERAH JOHOR


-Johor Bahru
-kulai
-Pontian
-Kota tinggi
-Kluang
-Mersing
-Batu pahat
-Muar
-Segamat
-Tangkak






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PEMBAKARAN AL-QURAN PERCUMA

BAHAGIAN PENYELIDIKAN J.a.i.n.j Bahagian penyelidikan adalah sebahagian daripada jabatan agama Islam negeri Johor. Menyediakan perkhidmatan percuma tanpa bayaran untuk umat Islam di negeri Johor untuk membuat pelupusan ayat2 suci Al-Quran lama,kitab2 lama, Yassin dan yang berkaitannya...sudah lama dipraktikkan dan membantu warga umat Islam untuk menyelesaikan masalah pelupusan.Disini saya ingin membantu menyelesaikan masalah tersebut. 1.Datang ke jabatan agama Islam negeri Johor di pusat Islam negeri johor 2. Datang ke bahagian penyelidikan berjumpa dengan pegawai berkenaan atau telefon dahulu..kemudian isi borang dan hantar.mudahkan..allah membantu kita. Cara pembakaran adalah dengan menggunakan mesin pembakaran menggunakan elektrik..mesin ini telah memenangi anugerah inovasi dari negara Jepun.modal perbelanjaan mesin ini adalah sebanyak rm36500. . kemudian apabila selesai pembakaran.abu ini dikeluarkan ,kemudian dibancuh dengan air di mesin pembancuh simen. Apabila selesai di

KAD NIKAH JOHOR

Kad Perakuan Nikah MyNCR Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan. Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja. Dokumen-Do

PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR.

Pusat Islam Iskandar Johor dibina pada tahun 70an..dan bermula operasi pada tahun 1989, menempatkan jabatan agama Johor pada waktu itu dan dikenali sekarang sebagai jabatan agama Islam negeri Johor.menempatkan juga makamah syariah dan jabatan mufti .Dikatakan pusat Islam Iskandar Johor tidak dapat dirasmikan oleh Sultan Johor pada masa itu,iaitu almarhum Sultan Iskandar Ibni almarhum Sultan Ismail,dikatakan salah faham semasa ketibaan almarhum Sultan Iskandar semasa hari perasmian tiada pegawai yang menyambut ketibaan tuanku.Peristiwa ini diceritakan  semula dari staf yang masih berkhidmat sehingga sekarang ,bermula pada tahun 1989 ,berkerja sebagai maintenance econ. https://soo.gd/XueS SENARAI NAMA YANG DIPERTUA/PENGARAH. 1.ym ungku Mohd Halid bin daeng Ibrahim    1885 2.ym ungku Omar b ungku Ahmad    1918 - 1932 3.Yb Dato' Abdullah b Abd Rahman 4.yb Dato' Awang b.Omar 5.yb dato mohd nor b.Omar 6.ym ungku Ismail b Abdul Rahman 7.ym.raja Omar b. chik 8.yb Dato