Langkau ke kandungan utama

RESEPI MASAKAN JOHOR@MALAYSIA.

RESEPI MASAKAN.
Hai u all.. Disini saya nak share sikit menu dan cara2 masakan malaysia.jadi mereka yang suka masak tak kira lah lelaki ker perempuan Ker atuk nenek,adik2 boleh jer,boleh lihat panduan yang saya catitkan di dalam blog ini..$elamat mencuba.

😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋😋





Ikan pari bakar masak lemak cili api
Ermmm..ok lah..tak sama macam masak pecel masakan jawa..tapi sedap lah try masak,ermmm..
Masak lemak ni senang jer.pakai
bwng besar,Bwng kecil ,lada cili,kunyit hidup,kencor sikit jer tau.jgn letak Bwng putih.daun kunyit.tambahan kentang.
Nak rasa sedap saya pakai perasa Maggie sedap .ok lah..saya bagi jaminan makanan jadi sedap,bukan nak promote,tapi sebelum ni pakai Aji Nomoto, kepala selalu macam Magerant..bila stop tak da lagi pening2 kepala..masa tu umur dah 38 ,skrng dan 40 an..dah tak guna lagi Ajinomoto..semua masakan pakai perasa Maggi sedap tu.
Ok sambung balik..
Sebelum blend campurkan sedikit ,ketumbar,jintan manis dan jintan putih kemudian blend..jgn letak bnyk2.k.blend lama sikit sampai rasanya halus..baru tumis dan seterusnya..
Jadi cubalah..jgn lupa letak daun kunyit ,Bahan2 ni sama jer untuk semua masakan lemak santan,paling best,udang boleh ketam boleh ayam pon boleh.jadi cubalah k.Mereka yang nak tahu lebih lanjut resepi saya..boleh komen dibawah.saya akan cuba jawab😉https://soo.gd/XueS
Bnyk lagi resepi yang saya nak cuba share disini..antaranya resepi yang saya belajar dengan tukang masak di istana bukit Serene Johor semasa almarhum Sultan Iskandar Ibni almarhum Sultan Ismail 10 tahun dahulu.kerja 13 tahun weyy kat istana.bnyk pengalaman yang saya alami di istana bersama almarhum Sultan Johor dan kerabat.skrng saya dah bertukar lain jabatan.😄. pengalaman tu lah yang saya belajar..dari dayang2 membantu Almarhumah tuanku sultanah Zanariah membuat fruitcake kukus,ayam goreng vackram,ayam sambal diraja DLL..kebanyakan resepi dari Kelantan dan resepi dari Tunku puan Pahang,sekarang permaisuri agung..
Apa2 saya akan update lagi ok.😋https://soo.gd/Xue

..............................................................................
TELUR MASAK KURMA


Resepi telur masak kurma
Bahan:
10biji telur -rebus
2paket kecil rempah kurma
5ulas bawamg putih (hiris)
1labu bawang merah besar -hiris besar)
1inci halia
2biji tomato (optional)
1biji lobak merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Air asam sikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau...masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air ...tumis sampai pecah minyak ..

Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, msak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nk pekat @ cair ...
....................................................


KETAM LEMAK CILI HIJAU


.ketam
.Daun kunyit 4 helai
.santan 1 biji bersamaan 1 blender
(Jgn tambah air lagi)Blender jer santan tu senang,tak yah perah santan
.Kentang 2 biji besar.1 biji dipotong 6
.Bawang besar 2 biji (besar)
.Bawang kecil 3
.kunyit hidup sebesar ibu jari
.lada hijau dalam 15 biji*sapa yang suka pedas tambah lada cili merah.
.ketumbar 1 sudu besar
.Jintan manis 1 sudu besar
.Jintan putih 1 sudu besar
*Dari bawang besar sampai jintan putih blender bahan ni dgn air ikut level Bahan2 ini.*blender lama sikit sehingga Bahan2 ni halus.
.minyak masak dalam 6 sudu besar

.tuang minyak..masukan daun kunyit dulu lebih kurang seminit masukkan pula Bahan2 yang dah blender tadi,dengan kentang.
.Tumis sampai minyak naik,
.Masukan santan..*kalau saya lepas blender santan tadi terus perah santan tadi didalam tapis terus ke dalam kuali.
.Masukkan garam dan perasa Maggi secukup rasa
.Masukkan ketam.
.Kacau santan sehingga pecah minyak
.Siap.😋

...........................................................


RESEPI KERANG SHELL OUT PETAI HIJAU

                   
Bahan-bahan resepi
Tambahan udang geragau,udang harimau dan petai.😋

KERANG CABE HIJAU


Kerang rebus dikopek isinya.
Kalau 1 kilo sikit jer dapat.makan untuk 2 orang jer.
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Lada hijau campur merah ikut selera
Serai 2 batang dititik
Daun limau perut
Tomato hijau
Garam dan perisa sedap Maggie.
Kebetulan ada udang masuk sekali😄
Mula2 goreng bawang besar dgn bawang putih,tumis
Kemudian masukan lada,serai,tomato dengan daun limau perut
Masukan garam dan perasa
Last masukkan kerang tadi dgn udang
Kacau.last masukkan sedikit air.siap

KEPALA IKAN MERAH@IBU KERISI ASAM PEDAS.
Ok resepi ni kalau nak masak jika ada masa sempat boleh masak,kalau nak masak MCM kurang masa nak masak juga,lagi pakai kuali kecik bukan periuk memang terkeluar lah semua dgn ikan😂



Ni lada boh jenis cili giling,ada jual kat Johor jer kot.. pakai ni senang sikit tx yah blender lada kering..
Macam biasalah..
Asam jawa
Daun kesum
🍅 @bendey tambahan
Bahan2 tumis,bawang besar bawang kecil,bawang putih dgn halia..
Garam dan serbuk perasa..jgn pakai Ajinomoto k.orang yang ada darah tinggi boleh selalu kena Magerant..saya dah lama stop,sebab selalu kena,bila stop guna kan serbuk perasa lain tak da lagi kena😊 ok lah..selamat mencuba....

....................................................................................


Kek Bukan Cinta Aku versi Batu Bata (Kukus)

Bahan2:-
*10 biji telor
*450gm butter
*2 cawan tepong pau
*1/2 gelas gula kastor
*1 cawan nestum(blend halus dolok)
*1 tin susu pekat manis
*1 tin tinggi serikaya yeos
*1 gelas coffee mate
*400gm horlick
*1 cup jem epal
*1 sudu mkn ovallete
*2 sudu makan Perasa Strawberry
*1 botol besar pandan paste
*pewarna hijau
*pewarna merah
(utk lapisan cheese)
-5 biji telor
-250gm creamcheese philadelphia
-250gm creamcheese Tatura
-1 cup sederhana besar Yogurt(Asli)
-1 cup tepong gandum
-200gm coklat putih(cairkn guna kaedah boiler)

Cara2
-pukul kn butter bsama gula kastor smpai kembang, pas ya masukkan telor satu persatu smpai abis.
-pukulkan smpai nya kembang, n then masukkan susu manis, serikaya, horlick,Coffemate,Jem epal,nestum dan Ovalete.
-then, pas ya pukul2 jak smpei smua nya sebati...dah sebati bahagikan adunan pd dua bhgian
Bahagian Hijau-1 botol pandan paste & pewarna hijau.
Bahagian Merah-2 sudu makan perasa strawberry & pewarna merah@pink.
-panaskan pengukus, then sediakan acuan yg dah engkah kertas minyak.
-kukuskan lapisan hijau dolok...agak2 jak brpa
sbb kmk mpun suka2 jk agk
-dah ya kta kukus jak warna merah@pink ya...sama jak agak2 jak brp sukatan k..
Then kta kukus jk warna hijau balit.
- yang balance ya kta kukus kt tempat lain...pd bekas kontena pun bleh.
- lepas ya kta engkah adunan cheese tek kt Atas warna hijau tek.
-dah ya kta potong yg adunan dlm kontena tek,.yang hijau mek potong besar2, yang merah ya mek potong segi empat.
dah ya susun jk dlm adunan Cheese tek...
-kukus smpei masak.
*Selamat Mencuba*https://soo.gd/XueS

.................................................................




#rajinmasak
#nasikerabu

RESEPI NASI KERABU PANTAI TIMO

Sambal tumis:-
*7-8 ulas bwg merah
*4-5 ulas bwg putih
*15 tangkai cili kering
*sedikit halia
2 cwn santan pekat
1 keping gula melaka saiz kecil
2-3 btg serai
2 keping asam
3 sudu budu (x nak letak pun xpe)
Gula & garam secukup rasa
2helai daun limau purut
1-blend semua bhn btanda *..tumis hingga naik bau
2-masukkn sdkt air..santan..asam keping..budu..serai..daun limau..gula & garam secukup rasa...masak hgga pecah minyak.

Sambal kelapa:-
7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya
1 biji kelapa parut
4-5 btg serai - di hiris halus
6-7 biji bwg merah
Sedikit halia
1 keping gula melaka kecik - di tumbuk
Garam + gula + serbuk lada hitam secukup rasa
1-goreng kelapa + serai sehingga garing- tumbuk halus
2-tumbuk isi ikan..bwg & halia
3-gaul semua bahan sehingga sebati
Sambal cili:-
Cili padi..cuka..garam..gula-blend

Nasi:-
Masak nasi mcm biasa..saya guna setitis pewarna biru..3 btg serai..2 helai daun limau purut..secebis garam...

Ikan celup tepung:-
2 cawan tepung beras
2 sudu gandum
2 sudu air kapur
1 biji telur
Air secukupnya

** bancuhan jgn terlalu pekat..jgn terlalu cair
Ok...selamat mencubahttps://soo.gd/XueS

............................................................



RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan-bahan ( utk dimakan sekeluarga )

buat gula hangus:
3/4 cawan gula-dibuat gula hangus
3 sudu besar air

Cara-cara
1. Sapu loyang bulat 9" dengan sedikit minyak masak
2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan

Bahan-bahan Puding:

1 tin susu cair 400gm
300ml air
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur A

Cara-cara
1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
2. satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut
3. masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.
4. tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
5. tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 45minit.
7. kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak
8. tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!https://soo.gd/XueS

.........................................................


Resepi murtabak biskut
Inti
nur Beatty

1 labu bawang besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah kurma
1 kiub ayam maggi
500g daging kisar ramly

Kisar bwg n halia. Pastu masukkan semua bahan2 tadi dalam kuali dan masak sampai kering. Mmg x tumis guna minyak sbb nnt daging tu akan kuarkan minyak.

Bahan kulit
12 biji Telur (pecahkan n kacau ngan sedikit garam)
Lada merah yg dicincang
Daun sup n bawang dicincang
1 tin susu cair
Biskut lemak apa2 jenama secukupnya

Cara2
Sediakan loyang yg telah digris dgn butter. Pastu gaul kan daging tadi dgn lada marah n daun sup. Tuang kan susu cair dlm satu bekas besar utk rendam biskut. Jgn rendam terlalu lama,Agak2 dlm 1-2min saja. Susun biskut ke dalam loyang, kemudian taburkan adunan daging dan siram kan dgn telur. Buat langkah ini sampai habis. Last sekali, siram kan lebih an susu cair di atas susunan biskut, so xdelah membazir. Bakar suhu 180darjah sehingga masak. Selamat mencuba...https://soo.gd/XueS

.................................................


Resepi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah!

Bahan bahan:

-1 pack mee kuning
-isi ayam potong kecil ( ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
- daun kucai
-1 biji buah tomato - potong kasar
- 8-9 ulas bawang putih - ditumbuk
- segenggam cili kering ( potong , rendam , kisar (time kisar letak air lebih sikit)
- kicap manis mudim
-1 sudu besar Garam
-5 sudu besar gula
-5 sudu besar Minyak masak

Cara cara:
Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi. pastu masukkan ayam.. goreng kejap bg isi ayam nampak putih . lepas tu boleh la Masukkan cili kering yg dkisar td, lepastu boleh terus masuk gula ,garam, kicap. nak bg warna cantik kicap jgn kedekut sngt 😒
.
tunggu smpai mndidih , n nampk mcm pekat dah, rasa sikit ok x.lepastu Masukkan mee dan gaul sebati.
jgn tinggal me tu.. gaul ja dia smpai agak2 bersalut dah ..n kuah agak2 nak kering tu.. lepaskan tomato n daun kucai yg dh di potong tu... gaul dlm 2 minit... tutup api.. dan siap..😍😍😍😍.
p/s... jgn smpai kering tau ... 😜😜😜😜
Mee sedia dihidangkanhttps://soo.gd/XueS

..................................................







































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PEMBAKARAN AL-QURAN PERCUMA

BAHAGIAN PENYELIDIKAN J.a.i.n.j Bahagian penyelidikan adalah sebahagian daripada jabatan agama Islam negeri Johor. Menyediakan perkhidmatan percuma tanpa bayaran untuk umat Islam di negeri Johor untuk membuat pelupusan ayat2 suci Al-Quran lama,kitab2 lama, Yassin dan yang berkaitannya...sudah lama dipraktikkan dan membantu warga umat Islam untuk menyelesaikan masalah pelupusan.Disini saya ingin membantu menyelesaikan masalah tersebut. 1.Datang ke jabatan agama Islam negeri Johor di pusat Islam negeri johor 2. Datang ke bahagian penyelidikan berjumpa dengan pegawai berkenaan atau telefon dahulu..kemudian isi borang dan hantar.mudahkan..allah membantu kita. Cara pembakaran adalah dengan menggunakan mesin pembakaran menggunakan elektrik..mesin ini telah memenangi anugerah inovasi dari negara Jepun.modal perbelanjaan mesin ini adalah sebanyak rm36500. . kemudian apabila selesai pembakaran.abu ini dikeluarkan ,kemudian dibancuh dengan air di mesin pembancuh simen. Apabila selesai di

KAD NIKAH JOHOR

Kad Perakuan Nikah MyNCR Kad Perakuan Nikah boleh dipohon setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta bayaran yang ditetapkan. Pasangan hendaklah mengemukakan sekeping gambar berukuran Pas Perjalanan (Pass Port), sesalinan Surat Perakuan Nikah dan salinan Kad Pengenalan dan bayaran yang ditetapkan. Kad Perakuan Nikah akan dikeluarkan sebanyak dua keping kad untuk suami dan isteri. Jika pasangan telah bercerai kedua-dua kad itu hendaklah diserahkan ke Pejabat Kadi berserta dengan Surat Perakuan Nikah yang asal, kad tersebut akan dikembalikan setelah di potong di mana-mana penjuru kad sebagai tanda telah terbubar perkahwinan. Mana-mana suami dan isteri yang telah bercerai atau terbubar perkahwinannya dan telah merujuk semula maka ia boleh membuat permohonan Kad Perakuan Nikah yang baharu. Kad Perakuan Nikah Negeri Johor hanya sah jika dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sahaja. Dokumen-Do

PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR.

Pusat Islam Iskandar Johor dibina pada tahun 70an..dan bermula operasi pada tahun 1989, menempatkan jabatan agama Johor pada waktu itu dan dikenali sekarang sebagai jabatan agama Islam negeri Johor.menempatkan juga makamah syariah dan jabatan mufti .Dikatakan pusat Islam Iskandar Johor tidak dapat dirasmikan oleh Sultan Johor pada masa itu,iaitu almarhum Sultan Iskandar Ibni almarhum Sultan Ismail,dikatakan salah faham semasa ketibaan almarhum Sultan Iskandar semasa hari perasmian tiada pegawai yang menyambut ketibaan tuanku.Peristiwa ini diceritakan  semula dari staf yang masih berkhidmat sehingga sekarang ,bermula pada tahun 1989 ,berkerja sebagai maintenance econ. https://soo.gd/XueS SENARAI NAMA YANG DIPERTUA/PENGARAH. 1.ym ungku Mohd Halid bin daeng Ibrahim    1885 2.ym ungku Omar b ungku Ahmad    1918 - 1932 3.Yb Dato' Abdullah b Abd Rahman 4.yb Dato' Awang b.Omar 5.yb dato mohd nor b.Omar 6.ym ungku Ismail b Abdul Rahman 7.ym.raja Omar b. chik 8.yb Dato